Entry: Ibu... Wednesday, March 30, 2005



baca lah yg ni..bagi mereka yg ibunya masih ada...


Ketika berusia setahun,ibu suapkan makanan dan memandikan kita. Cara
kita
ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang
malam.

Apabila berusia dua tahun,ibu mengajar kita bermain. Kita mengucapkan
terima
kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita tiga tahun,ibu menyediakan makanan dengan penuh
rasa
kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan di
lantai.

Ketika berusia empat tahun,ibu membelikan sekotak pensil warna, kita
mengucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia lima tahun,ibu membelikan sepasang pakaian baru,kita ucapkan
terima
kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

Setelah berusia enam tahun,ibu memimpin tangan kita ke sekolah,kita
ucapkan
terima kasih dengan menjerit: “Tak nak! Tak nak!”

Apabila berusia tujuh tahun,ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan
terima
kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

Menjelang usia lapan tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima
kasih
dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika berusia sembilan tahun, ibu menghantar ke sekolah,kita ucapkan
terima
kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia sepuluh tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan
kita
kemana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa
dengannya.

Setelah berusia sebelas tahun, ibu membawa menonton wayang,kita ucapkan
terima kasih dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.

Apabila berusia dua belas tahun,ibu menyuruh membuat kerja sekolah,
kita
ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton
televisyen.

Menjelang usia tiga belas tahun, ibu menyuruh memakai pakaian yang
menutup
aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa
pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia empat belas tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk
membayar
wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan
tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia lima belas tahun,ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan
dan
ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Apabila berusia enam belas tahun,ibu mengajar memandu kereta, kita
mengucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.

Apabila berusia tujuh belas tahun, ketika ibu menunggu panggilan
penting,
kita bergayut di telefon sepanjang malam.

Menjelang usia lapan belas tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat
tahu
kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan
bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia sembilan belas tahun, ibu bersusah payah membayar yuran
pengajian, menghantar ke kampus, dan mengheret beg besar ke asrama,
kita
hanya mengucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu
dengan
kawan-kawan.

Berusia dua puluh tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa,
kita
kata, “… itu bukan urusan ibu.”

Setelah berusia dua puluh satu tahun, ibu cuba memberikan pandangan
mengenai
kerjaya, kita kata, “Saya tidak mahu jadi seperti ibu.”

Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang
kita.
Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan… “Perabot pilihan ibu
aku tak
cantik, tak berkenan akuuuu!”

Menjelang usia dua puluh empat tahun, ibu bertemu dengan bakal
menantunya
dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan
merungut,
“Ibuuu, toooolonglahhhh…”

Ketika berusia dua puluh lima tahun, ibu bersusah payah menanggung
perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu
betapa
dia sangat sayangkan kita, tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya
dengan
berpindah jauh.

Pada usia tiga puluh tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua dan
penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, “…itu dulu, sekarang zaman
moden.”

Ketika berusia empat puluh tahun, ibu melelefon mengingatkan mengenai
kenduri-kendara di kampung, kita berkata, “Kami sibuk, tak ada masa nak
datang.”

Apabila berusia lima puluh tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita
menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa
yang
menjadi beban kepada anak-anak.

Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu
bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita
terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia.jika telah meninggal,ingatlah kasih dan
sayangnya.

Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.

Maafkan saya ibu!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments